Terima Kasih Hati :)

Assalamualaikum w.b.t ..

Dengar ya wahai hati
Aku tahu rasa sakit ini
Sukar untuk diungkap dengan kata-kata
Malah, rasa sakit itu jugak tidak boleh diungkap

Dengan contengan di atas lembaran kertas sahaja
Dan lebih teruk lagi apabila hati itu
Sudah diminta untuk berhenti berfungsi
Parah


Duhai hati yang rawan
Aku tahu apa pun yang cuba ku lakukan
Sekali kata-kata orang terkesan dihati
Kau akan selama-lamanya berbekas
Bukan tidak pernah aku cuba kikis
Tetapi memang itu cara hidupmu
Mudah memaafkan perlakuan orang
Tetapi sukar melupakan.


Dengar ya wahai hati
Aku tahu
Andai saja hati itu boleh di'scan' dengan mata kasar
Kau lah anggota yang sarat dengan duka
Berbanding anggota-anggota yang lain
Penuh dengan torehan, luka dan parut
Namun ku tetap yakin
Engkau terlaku kuat dan tabah..


Wahai hati
Aku bersyukur kerana punya hati sepertimu
Itu kerana kau tidak pernah berhenti berfungsi sekali pun
Kau tetap terus bergerak walau hanya dengan bertatih
Itulah engkau HATI
Setiap kali disakiti, ditikam, dicucuk, disagat, dan disayat
Kau tetap terus berfungi untukku
Hanya untuk aku


Hati...
Bagaimana caranya agar ku bisa merawatmu?
Guna plaster kah?
Guna Gunting kah?
Atau Guna iodine kah?
Jika guna plaster,  luka besar boleh diplasterkah?
Jahit guna benang, takut akan meninggalkan parut
Jika guna iodine, nantinya kuning hati itu
Tidak cantik seperti orang lain yang merah


Alhamdulillah hati...
Allah ajarkan padaku
Agar sentiasa redha selalu
Allah beri perhatian padamu dengan diuji
Wahai hati...
Percayalah, walau dirimu penuh luka
Tapi cukup engkau tidak bersangka-sangka
Pada Tuhan yang menciptakan mu
Juga yang menciptkanku
Sungguh benar hati...
Ujian itu wasilah untuk kita
Agar sentiasa ingat pada yang Esa...


Anas berkata, Rasulullah bersabda:

"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah."(Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)

-Artikel iLuvIslam-

Wassalam =)

Sehelai Tudung Labuh

Assalamualaikum w.b.t ..

Setulus bicara
Meluahkan rasa
Sehelai tudung labuh
Seindah hijab menjadi plilihanku


Suatu ketika dahulu
Diri hanya  insan biasa
Gadis yang hanya berpesonaliti biasa
Namun Hidayah-Nya
Hadir tanda kasihNya
Tudung labuh menyentuh fitrah
Membuatkan aku jatuh cinta
Pada hijab yang sempurna..


Tudung labuh sangat bermakna
Menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita
Aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah
Namun tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah
Untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya
kerana itulah yang terindah dan berharga


Kadang kala
Aku kecewa
Pada sikap segelintir manusia
Hanya pandai menyindir tanpa usul periksa
Sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar dan redha
Namun ku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa
Istiqamah dalam menjaga aurat demi keranaNya


Ya Allah.... Ya Tuhanku
Janganlah kau bolak-balikkan hatiku
Setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu
Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu
Dan Engkau kuatkan diri dalam mujadah nafsu
Moga Engkau redha atas segala laku


#Aminnn ..semoga kita semua mendapat hidayah daripadaNya ..tapi hidayah tak datang kalo kita tak berusaha untuk mendapatkannya ..at least kita doa kat Allah ..mintak supaya Allah beri hidayah kat kita ..kalau kita selalu mintak, lambat laun hidayah tuh akan sampai kat kita ..cer try ..insyaAllah ..tauuu ..cuba tauuu ..okeh! Love u all ! <3

Wassalam =) 

C.I.N.T.A Untuk Siapa?

Assalamualaikum w.b.t ..

haa, mesti tekejut tengok tajuk tuh kan ..hmm, kali ak nak share sikit pasai sebuah perasaan yg di namakan CINTA ..Cinta untuk siapa ?? haaa, nieh ak nak share ..actually artikel nieh ak copy paste kat iluvislam ..so, harap sudi membacanya yerr ..

"Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan untuk insani
Rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala"

Lirik lagu nasyid "Kerana Cinta" ini singgah sebentar di minda ini bila menulis tajuk ini.

Seringkali perkataan ini bermain-main di fikiran dan seringkali juga ia menjadi tanda tanya orang-orang di sekelilingku bila cinta sejati akan menjemputku. Bukan tidak pernah diintai oleh sang kumbang, tetapi tanpa ikatan yang sah, aku tidak akan sekali-kali membenarkan sang kumbang itu menjemputku apalagi singgah untuk menjengukku.

Hati ini pernah sekali tercuit dengan perasaan itu, tidak seperti selalu yang bermati-matian untuk aku mempertahankannya. Tetapi kali ini, aku rasa perasaan itu sudah semakin menebal..

Dalam fikiranku, adakah aku telah JATUH CINTA?? Tidak mungkin!

Aku katakan pada diriku sendiri bahawa perasaan itu hanya kerana merasa kosong dan cemburu melihat kawan-kawan sekeliling yang sudah bahagia bersama pasangan masing-masing. Untuk menghilangkan perasaan itu, aku hanya bercerita kepada Yang Lebih Berhak iaitu Allah SWT. Hanya Allah pemilik hati ini dan hanya Allah yang lebih tahu mana yang terbaik buatku.

Setiap malam aku bermuhasabah, bermunajat dan mengharap hanya kepada Allah agar perasaan itu akan hilang. Walaupun tidak secara terus tetapi dengan mendekatkan diri kepada Allah, aku berasa tenang kembali. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, hanya mengingatkan dia yang belum halal bagiku dan belum tentu halal bagiku.

Alhamdulillah dengan mendekati Sang Pencipta, diri ini terasa amat tenang dan mampu tersenyum kembali.
Hari-hari yang dilalui terisi kembali dan semakin hari terus melupakan perkara-perkara yang menyebabkan perasaan bergelora dan syaitan menyucuk jiwa.

"Mereka berkata hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnyanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia


Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu.."


Lagu "Warna-warna Cinta" nyanyian kumpulan Brothers sedikit sebanyak menyedarkan aku, sebenarnya cinta yang diperlukan oleh jiwa dan hati kita ialah cinta kepada ALLAH SWT.

Cinta ini tidak akan layu, tidak akan pudar, tidak akan mengecewakan, tidak akan merugikan, dan segala jenis tidak. Malahan ia semakin menambahkan kelebihan pada diri kita, menambahkan kebahagiaan, menambahkan senyuman dan meningkatkan darjat kita sebagai hamba Allah.

# Pesanan untuk diri dan sahabat-sahabatku di luar sana, jangan kita mengejar cinta manusia selagi cinta kepada Allah belum terlaksana dengan sebaiknya.

Love For Allah~

hmm, sekian sajaa ..harap dapat beri manfaat pada kita semua okeh ! Love u all ! <3 uhibbuki fillah ! ;D

Wassalam =)

Sahabaaaatttt ...yeahhh! ;)

Assalamualaikum w.b.t ..

okeh ..hari nieh ak nak bernyanyi sikit ..khas untuk sahabat2 ak ..dengaq tau wehhh ..terimalaahhh ..haha, poyo gitu! okeh ..nah ..

Sahabat by Najwa Latif a.k.a kawan kita! haha :)

Kau ada dikala ku SUKA
Dikala ku DUKA
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku PERLU
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi SAHABATKU

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.

sekian dari sayaaa ..

Wassalam =)

 

:'(

Assalamualaikum w.b.t ..

hmm, i'm little bit disappointed ..but, what can i do ..this is all may fate ..just accept it ..now, i know ..who am i for all of you ..okeh, i dont wanna be sad ..and i dont want to think the word call 'PROBLEM' ..that word just make my life become messy you know! ahh, just leave it ..okeh ..what ever that happend, Allah knows the best for me!

Wah! speaking gituuu ..*OhMyEnglish* haha, nak jugak try speaking, 'yangg adoo!' haha ;D hmmm, hanya ak dan Allah saja yang tau apa yang berlaku ..sini hanya tempat untuk 'curhat' sajaa ..dengan bercerita kat sini ..sekurang-kurangnya ringan sikit laa masalah ak ..ak kan xreti cerita masalah ak kat orang ..hanya tau untuk pendam sahaja ..itulah ak ..alaah, lama2 akan ilang jugak apa yang ak pendam ..and the most important thing is SABAR! walaupun pahit la jugak, hmm, ~sabojelaa~ ..tu jaa yang mampu membuatkan ak sentiasa tenang and cooollll and kena selalu pikiaq yang Allah tahu apa yang terbaekk buat kita k ..okeh ..sekian,

>S.A.H.A.B.A.T<

Wassalam =)

Tikahhh pos pos ;D

Assalamualaikum w.B.t ..

hahahahahahahaha!! buat lawok laaa ang nieh ..ak saja ja tanya ang sebab ang kan kata ang akan rajin berbelog lepas nieh ..so ..ak tanya ..tengok2 ang buat ..haha! spesel for me gituuu! ak tengok tajuk tuh teros nanges ..huhuhu! sodehhnyeeeee! terharuuu :'(( :'(( haha! hmm, dalam twitter/fb  bole laa dok ngaqot2 ..tapi bila jumpa ..sengaaapp! mang camtu laa kann ..hmm, xtau nak tuleh apa dahh ..camnie laa ak ..tuleh skeqat ..ilang idea dah ..hmm, okeh2, babaii !!
nah amek <3 <3 <3 ! hahaaaaaa :'D

Wassalam =)

Menganggur

Assalamualaikum w.B.t ...

Haha, lama gilaa gilaa tak update blog nieh ..rasanya last aku update bulan 6 kot ..hmm, dah setengah bulan aku tak update ..hmm ..okeh2, kini aku kembali ! haha, yeehaa! aku dah habes SPM ! actually lama dah abeh ..haha, hampir2 sebulan la jugak ..tapi tak sampai sebulan lagi laa ..hoho! hmmm, macam nieh la kehidupan aku lepas SPM ..menganggur je laa ..tak tau nak buat apa, tapi aku tengah amek lesen haha! saja nak habaq ..hmm, ramai gak kawan2 aku tengah amek lesen ..hmm, nanti bole kita merendek sekali norh ..okeng! :D hmm, berbalik pada topik, keja aku kat umah sekarang nieh mangkit tidoq, makan, tengok tv, mandi ..hmm yang tu ja laa ..tak tau nak buat apa ..ermm, oke lahh ..kehilangan idea dah ..hmm, nanti aku tuleh len okeh ..buat masa sekarang nieh ak free and bole laa nak update blog nieh kerap sikit ..okeh ..sampe ketemu lagi yaa ..daa! ;)

Wassalam =)